Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Latihan Simbol Komponen Tahun 5

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SOALAN UJIAN KH TAHUN 5

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LATIHAN KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 5

LATIHAN

Jawab soalan dibawah dengan betul.
  1. berikut adalah huraian bagi komponen Diod Pemancar Cahaya (LED) kecuali ;

  2. mempunyai kaki anod dan katod.
    bertindak untuk mengawal arus elektrik.
    membenarkan arus mengalir sehala sahaja.
    boleh memancarkan cahaya apabila arus melaluinya.

  3. Manakah antara yang berikut Bukan tujuan pemeliharaan ikan hiasan

  4. Menceriakan kawasan di sudut rumah
    Menghayati kehidupan alam akuatik.
    Memberi ketenangan.
    Menghabiskan wang.

  5. 6. Beg plastik yang mengandungi ikan hiasan perlu direndamkan seketika di dalam akuarium aga

  6. Suhu air di dalam beg plastik sama dengan suhu air di dalam akuarium.
    Boleh melihat ikan hiasan sebelum ianya dialihkan.
    Ikan hiasan mudah dialihkan.
    Ikan hiasan tidak terlepas

  7. 3. Ramalkan apakah yang akan berlaku jika kelepet yang meretas tidak dijahit dengan sege

  8. Meretas akan menjadi lebih panjang dan pakaian akan rosak.
    Pakaian tidak mempunyai bentuk.
    Butang pakaian akan tertanggal
    Pakaian menjadi lusuh.

  9. Berdasarkan kreativiti anda, binakan satu benda baru dari tin aluminium..

  10. Poster
    Rak kasut
    Penyangkut baju
    Bekas pensil

SELAMAT MENJAWAB

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tanaman Hiasan Tahun 4

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

IKAN HIASAN TAHUN 5

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Urusniaga Tahun 5

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kancing

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jahitan Asas Tahun 5

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Baik Pulih dan Penyelenggaraan Tahun 5

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Elektrik & Elektronik Tahun 5

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perniagaan dan Keusahawanan Tahun4

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kuiz KH Tahun 4

Kuiz KH Tahun 4

  1. Apabila menjalankan aktiviti kerja kayu di bengkel seseorang perlu memakai apron dan berkasut
  2. Betul Salah
  3. Sikap yang perlu diamalkan di bengkel ialah bergurau
  4. Betul Salah
  5. Sebuah bengkel yang baik mestilah mempunyai lantai yang licin
  6. Betul Salah
  7. Apabila hendak memasuki bengkel seseorang murid perlu berbaris
  8. Betul Salah
  9. Piramid adalah bentuk asas 3D
  10. Betul Salah
  11. Sebelum menggunakan peralatan elektrik, murid perlu memberitahu ketua darjah
  12. Betul Salah
  13. Kain perca tidak perlu dimasukkan di dalam kit pertolongan cemas
  14. Betul Salah
  15. Murid perlu berlari untuk mengambil alatan bagi menyiapkan kerja dengan cepat
  16. Betul Salah
  17. Murid perlu mengeringkan tangan sebelum menggunakan peralatan elektrik.
  18. Betul Salah
  19. Murid boleh menggunakan alatan tanggan yang telah rosak.
  20. Betul Salah
SEMOGA BERJAYA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penghasilan Projek Tahun 4

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sekapur Sireh

A. PENDAHULUAN

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah satu mata pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang diajar pada Tahap II. Mata pelajaran ini digubal untuk menanam kesedaran celik teknologi melalui penguasaan kemahiran praktis dan pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. Pembentukan sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi dan keusahawanan ini adalah selaras dengan hasrat negara dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan keusahawnan yang pesat pada masa ini. Oleh itu usaha yang dibuat melalui pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat peka terhadap perkembangan teknologi dan berupaya menangani cabaran. Sebagai langkah awal bagi melahirkan masyarakat yang cenderung ke arah ini, kemahiran praktis berasaskan reka bentuk dan teknologi serta keusahawanan didedahkan kepada murid melalui mata pelajaran ini. Dalam mata pelajaran ini tumpuan utama adalah kepada penguasaan kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan. Kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan murid mengeluarkan idea yang kreatif, inovatif dan inventif. Murid menjalankan aktiviti mengenal bentuk-bentuk asas, melakar, memahami fungsi produk serta menghasilkan projek dengan menggunakan pelbagai bahan seperti kayu, logam, bahan kitar semula, dan pengenalan komponen elektrik dan elektronik. Di samping itu, murid berupaya menyenggara serta membaiki kerosakan kecil pada alatan, mesin mudah dan perabot. Murid juga dilatih menjahit, membaiki pakaian, menanam dan menjaga tumbuhan hiasan, memelihara ikan hiasan serta menanam sayur-sayuran. Bidang Perniagaan dan Keusahawanan pula menitikberatkan unsur-unsur keusahawanan semasa menjalankan aktiviti jual-beli. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada murid mengamalkan sikap pengguna yang bijak. Dari segi perkembangan individu, KHSR dapat membantu murid memenuhi naluri ingin tahu dan ingin mencuba khususnya mengenai alatan, bahan dan mesin yang ada di sekeliling mereka. Ini memberi peluang kepada murid untuk mencuba, mereka cipta, mengubah suai, mengendali dan meneliti pelbagai hasil teknologi yang sesuai dengan perkembangan intelek mereka. Murid juga berpeluang menjalankan aktiviti jual beli. Melalui mata pelajaran ini juga sikap yang positif di kalangan murid dapat dipupuk. Dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan murid berpeluang mengamalkan budaya kerja yang baik seperti mengutamakan keselamatan, bekerja secara bersistematik, bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisiplin. Selain itu KHSR juga dapat memberikan murid ruang untuk mengembangkan imaginasi dan daya kreativiti di samping mendedahkan dan menggalakkan mereka ke arah keusahawanan. Mata pelajaran ini juga memberi murid kesedaran tentang perlunya menjaga alam sekitar dan penghargaan terhadap kerja dalam bidang kejuruteraan, reka bentuk dan perniagaan. Kesemua ini akan menyumbang kepada hasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 

B. MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalah untuk membolehkan murid memperolehi kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri, mereka cipta dan cenderung berusahaniaga serta mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik.

C. OBJEKTIF

Objektif mata pelajaran ini adalah untuk membolehkan murid :

1. Mengetahui dan mengamalkan langkah keselamatan semasa membuat kerja 
2. Memilih alatan dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul 
3. Melakar bentuk asas secara 2D dan 3D 
4. Memahami fungsi dan bentuk luaran produk 
5. Memasang model set binaan dan mengkaji komponen
6. Mereka bentuk dan menghasilkan produk yang mudah daripada pelbagai bahan kitar semula 
7. Mengenal pasti komponen elektrik dan elektronik
8. Menyenggara dan membaiki kerosakan kecil pada alatan, mesin mudah, perabot dan bahagian bangunan
9. Membaiki pakaian dan menghasilkan artikel jahitan
10. Menghasil dan menjaga tumbuhan hiasan, memelihara ikan hiasan dan menanam sayuran
11. Merancang dan mengurus jualan secara teratur serta mengamalkan etika perniagaan
12. Mengurus kerja, wang dan perbelanjaan dengan berkesan
13. Mengamalkan sikap pengguna yang bijak dan bertanggungjawab
14. Meminati bidang perniagaan
15. Mengembangkan daya usaha, kreatif dan inovatif
16. Mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik.

D. ORGANISASI KANDUNGAN

Kandungan mata pelajaran ini diolah berdasarkan dua bidang pembelajaran iaitu Reka Bentuk dan Teknologi, dan Perniagaan dan Keusahawanan. Bidang pembelajaran pula terdiri daripada
beberapa unit pembelajaran yang mengandungi tajuk berasaskan kemahiran dan pengetahuan Deskripsi bidang pembelajaran dan senarai unit pembelajaran adalah seperti di berikut:

1. Reka Bentuk dan Teknologi Bidang pembelajaran ini bertujuan untuk membolehkan murid mereka bentuk dan menghasilkan produk berasaskan kepada idea-idea yang kreatif. Pembentukan minda yang kreatif
dijalankan melalui aktiviti mengenal bentuk-bentuk asas, melakar, memahami fungsi serta mereka bentuk produk mengikut kesesuaiannya. Pengetahuan tentang teknologi, bahan binaan dan komponen elektrik dan elektronik juga diterapkan bagi memantap serta membentuk minda yang kreatif dan inovatif. Murid juga melakukan aktiviti menyenggara dan membaiki kerosakan kecil pada alatan dan mesin mudah di samping menjalankan kerja-buat-sendiri. Murid juga didedahkan kepada amalan penanaman tanaman hiasan dan sayuran serta pemeliharaan ikan hiasan. Murid diberi cara membaiki pakaian dan menghasilkan artikel jahitan. Amalan keselamatan di tempat kerja dan pengurusan bengkel juga diserapkan semasa melakukan aktiviti ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Elektrik & Elektronik Tahun 4

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Reka Bentuk dan Penghasilan Projek

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Keselamatan Tahun 4

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS